Berilmu, Beriman, Beramal, Berbakti
14 Aug
Khamis, 14 Ogos 2008 - Pasukan Bahas SMK Matang Jaya gagal buat kali kedua dalam usaha untuk merangkul Piala Bahas Ketua Menteri Sarawak selepas pasukan itu tunduk kepada hujah-hujah bernas daripada pihak SMK Marudi, Baram. Pasukan SMK Matang Jaya yang mendapat latihan khusus dari guru berpengalaman, Pn Zalinah Kamsani dilihat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan hujah-hujah bagi menumbangkan kekentalan hujah pihak SMK Marudi. Namun, nasib dan pengalaman juara 4 kali Pertandingan Bahas Ketua Menteri Sarawak jelas lebih baik dan ini dilihat punca pasukan SMK Marudi pulang dengan piala idaman tersebut. Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut adalah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud.
10 Aug
SMK Matang Jaya telah dengan jayanya mengadakan mesyuarat Agung Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) bagi tahun 2008 di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya pada Sabtu, 9 Ogos 2008. Mesyuarat yang dianggap penting untuk merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa telah dipengerusikan sendiri oleh En Montogomery Montaha selaku Yang Dipertua PIBG SMK Matang Jaya.
19 Jul
Pasukan robotik SMK Matang Jaya(MJROBOTICS) berjaya menduduki tempat keempat di dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan hari ini. Berdasarkan pencapaian tahun lepas, sememangnya diakui bahawa keputusan tahun ini agak merosot jika dibandingkan dengan kedudukan tempat kedua tahun lepas. Namun demikian, jika dibuat analisis secara lebih terperinci, pasukan MJROBOTICS sebenarnya berjaya mengalahkan semua pasukan di dalam zon Kuching dan Samarahan, dan seharusnya dikatakan sebagai pasukan terbaik di peringkat bahagian tersebut.
15 Jul
SMK Matang Jaya akan menganjurkan pertandingan Robotik Akhir peringkat Negeri Sarawak di pada 19 Julai 2008. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Karnival Sains & Teknologi Negeri Sarawak dan bakal melihat lebih 30 sekolah menengah dan rendah dari seluruh Sarawak datang bertanding di dalam pertandingan tahunan ini. Lebih menarik lagi, pertandingan kategori terbuka dijangka melihat 26 pasukan berentap dengan mempamerkan aksi terbaik untuk mewakili Sarawak ke Pertandingan Robotik Kebangsaan(NRC) di Johor Bharu pada bulan hadapan.
Pihak SMK Matang Jaya juga menjangkakan bahawa pertandingan ini bakal menjadi tarikan utama Karnival Sains & Teknologi Negeri Sarawak, dan pihak SMK Matang Jaya berbangga kerana 4 buah pasukan dari pasukan robotik sekolah (MJROBOTICS), bakal menyertai pertandingan ini. Bagi semua pasukan yang bakal tiba di SMK Matang Jaya, SELAMAT DATANG diucapkan.
Komen Terbaru